fbpx
Xinba akan menjual apa sahaja yang boleh dijual menerusi platform Kuaishou.- Oddity Central

Raja Penstriman China catat jualan RM1.26 bilion dalam 12 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING- Seorang lelaki di China yang diberi jolokan ‘King of Live Streaming’ mampu mencapai jualan AS$305.7 juta (RM1.26 bilion) dalam masa 12 jam menjual pelbagai produk di laman penstriman Kuaishou.

Menurut laporan Oddity Central kelmarin, Xin Youzhi atau dikenali sebagai Xinba menghabiskan sehingga 12 jam mempromosikan pelbagai produk termasuk syampu dan telefon bimbit kepada lebih 40 juta penonton.

Di penghujung siaran, Xinba mencatat jualan berjumlah RM1.26 bilion yang menewaskan jumlah keseluruhan jualan gedung beli belah Times Square di Causeway Bay, Hong Kong yang mencatat jualan yang lebih rendah bagi sepanjang 2020.

Jualan online secara langsung yang sudah popular di China menjadi semakin laris akibat perintah berkurung berikutan penularan Covid-19.

Ketika sesi penjualan online, Xinba tidak hanya fokus kepada satu produk tetapi mempelbagaikan produk yang boleh menarik minat pembeli yang sedang menonton penstriman langsungnya.

Selain menggunakan taktik pemasaran yang berkesan, Xinba menarik perhatian pembelinya dengan kisah peribadi dan sering mengingatkan penonton bahawa dia juga anak petani, iaitu golongan yang paling ramai menyaksikan siaran langsungnya. – Agensi