fbpx
Abdul Hamid (tengah) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada Geng Nicky pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Nicky berkawan dengan tauke judi, ahli kongsi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dipercayai terlibat dalam aktiviti jenayah terancang seawal usia 26 tahun selepas mengikuti beberapa tauke judi dan geng kongsi gelap.

Menurut satu sumber, lelaki berusia 33 tahun itu sete­rusnya dipercayai mengenali dan berkawan rapat dengan warga China, Zhang Jiang yang merupakan pengasas skim piramid, YSLM.

“Zhang Jiang kini berada di China dan sedang menunggu tindakan undang-undang di negara itu,” kata sumber itu kepada Kos­mo! di sini semalam.

Risikan pihak berkuasa mendapati Nicky dipercayai mempunyai hubungan dengan Wan Kouk Koi atau Broken Tooth.

Broken Tooth telah disenarai hitam oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat pada 9 Disember lalu kerana terlibat dalam kegiatan jenayah terancang termasuk pengubahan wang haram.

Turut disenarai hitam, Persa­tuan World Hongmen History dan Culture Association.

Siasatan mendapati persa­tuan itu melantik Nicky sebagai Timbalan Presiden pada 4 Ja­nuari 2019.

Geng Nicky yang ditumpaskan polis bulan itu menyasarkan pelabur dari China dengan menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dalam pelaburan harta­nah, produk kesihatan, forex dan mata wang kripto.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, pelaburan dibuat dalam aplikasi Wechat dan wang dikeluarkan antaranya dengan menggunakan perkhidmatan pengurup wang.

Selain itu, pasukan khas yang ditubuhkan Polis Johor mendedahkan wujudnya aktiviti peni­puan online menggunakan akaun pihak ketiga dan mempunyai transaksi kewangan dengan Winner Dynasty Group yang diasaskan Nicky.

Akaun itu dipercayai digunakan untuk jenayah seperti ah long, pelaburan tak wujud dan penipuan jual beli secara online.

Polis mendedahkan, Nicky memiliki aset berjumlah lebih RM1 bilion termasuk tunai di bank sebanyak RM40 juta.

“Kegiatan jenayah ini dilakukan secara terancang. Tindakan lanjut menjejak dan membekukan aset-aset berupa tanah, rumah dan bangunan sedang dijalankan,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN