fbpx

Rossi akui berang cara Binder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI masih bergelut dengan penggunaan komponen tayar pada jenteranya dan dijangka tidak berupaya untuk memecut 100 peratus pada GP Portugal malam ini.

DOHA – Pelumba legenda Itali, Valentino Rossi mengakui berang dengan tunggangan agresif pelumba KTM, Brad Binder dan menyifatkan pelumba Afrika Selatan itu tidak menunjukkan rasa hormat.

Menjelang perlumbaan kedua Grand Prix (GP) Doha, Rossi ter­nyata masih memendam pe­rasaan marahnya terutama insiden bersama Binder pada aksi pembukaan minggu lalu ketika bersaing merebut kedudukan ke-12 terbaik.

Pada perlumbaan tersebut, Rossi dilihat sedikit terkeluar dari garis perlumbaan sebelum Binder mengambil peluang tersebut dengan memintasnya dari dalam.

Tindakan agresif itu membuatkan pelumba Itali tersebut terkejut hingga hampir berlaku perlanggaran.

Meskipun Rossi tidak terkeluar daripada perlumbaan pembukaan itu, namun The Doctor kesal dengan tindakan tersebut dan menyifatkan Binder tidak menghiraukan pelumba lain.

“Bagi saya ia bukan mengenai situasi tetapi bergantung kepada pelumba itu sendiri. Anda boleh melihat banyak pelumba me­mintas dengan cara yang bersih dan penuh rasa hormat terhadap pesaingnya.

“Anda juga boleh melihat sesetengah pelumba berkelakuan seperti Binder yang menunggang dalam keadaan agresif dan tidak mempedulikan keadaan pelumba di hadapannya. Tindakan seperti itu sangat bahaya,” kata Rossi.

Pada sesi latihan lewat malam kelmarin, Rossi terus bergelut dengan masalah tayar belakang seperti yang dialaminya pada perlumbaang pembukaan GP Qatar dan sekadar di kedudukan ke-14 terbaik.

Ducati terus menguasai sesi latihan tersebut menerusi Jack Miller, Francesco Bagnaia dan Johann Zarco manakala Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) berjaya berada di kedudukan keempat terpantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI