fbpx

Gurauan ‘belon panas’ Sharnaaz, Shukri Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBUALAN spontan antara Sharnaaz dan Shukri Yahaya dalam Instagram Live baru-baru ini mendapat perhatian peminat kerana mengaitkan isu 'belon panas' dan rentas negeri.

Baru-baru ini, tular potongan video yang diambil daripada Instagram Live pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya.

Semuanya gara-gara ‘gurauan pedas’ dua pelakon lelaki itu tentang aksi belon udara panas.

Dalam video tersebut, Shukri berseloroh mahu membawa Sharnaaz menaiki belon udara panas. Sekali gus mencuit hati ramai kerana mengimbau momen lamaran bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila yang dilamar suaminya, Engku Emran di atas belon panas.

TANGKAP layar video Sharnaaz dan Shukri yang bergurau tentang aksi belon panas mencuit hati ramai.

Lucunya, Shukri turut melakonkan semula aksi pasangan itu berpelukan.

“Nanti hang (kau) peluk aku tak Mat?” gurau Shukri.

Sharnaaz hanya tergelak besar dan sempat meluahkan rasa ‘geli’ tentang topik tersebut sebelum menukar perbualan. Amboi gurau kasar ya!

Ramai yang terhibur. Harap tiada isu atau pihak yang terasa hati dengan gurauan mereka ya!

DIVA: Ramai puji filem Penunggang Agama sebab mesej yang disampaikan sangat dekat dengan masyarakat pada hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI