SHAH ALAM – Seramai 3,000 pelajar keluarga B40 di seluruh Selangior disantuni dengan pemberian kelengkapan pakaian persekolahan daripada Tenaga Nasional Berhad ( TNB ).
Pengurus Besar Hal Ehwal Pemegang Taruhan Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, Ir. Ahmad Rezahan Mohammad berkata, ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan B40 yang amat terkesan sepanjang pandemik Covid-19 ini.
“CSR ini, kita dilaksanakan melibatkan 3,000 penerima di 22 kawasan di negeri ini.
“Kerjasama dilakukan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bantu Generasi Kita (Bangkit) di Shah Alam untuk menyumbang pakaian sekolah jenama Canggih selaras pembukaan sekolah menengah bermula hari ini dan esok,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ceria Ke Sekolah TNB bersama Bangkit di Gudang Canggih Seksyen 16 hari ini.
Turut hadir Pengerusi Bangkit, Datuk Ahmad Safri Hanifullah dan Ketua Pegawai Eksekutif My Sutera Sdn.Bhd. (Canggih), Masnizam Hisham.-K! ONLINE














