BEIJING-Sekurang-kurangnya 11 terbunuh selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah trak di selatan China, lapor media tempatan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 1 pagi waktu tempatan, trak itu terbabas melintasi penghadang jalan di lebuh raya utara Shanghai, wilayah Jiangsu sebelum merempuh bas terbabit.
Ketika lalu lintas di kawasan kemalangan mula sesak, dua lagi trak terbabas dan merempuh lokasi kejadian.
Seramai 19 mangsa dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital.
Rakaman media tempatan menunjukkan bas penumpang itu terbalik di tengah-tengah serpihan penghadang jalan.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di China disebabkan kurang pematuhan pemandu terhadap kod jalan raya. -AFP














