fbpx

10 buah khemah tapak ekspo diterbangkan angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian khemah tercabut termasuk barang jualan bertebaran selepas dibadai ribut dalam kejadian pada pukul 7.40 petang di Bandar Inderapura, Jerantut kelmarin.

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT – Peniaga dan pelanggan tapak ekspo bandar Inderapura di sini gempar apabila kawasan itu dilanda ribut sehingga menerbangkan 10 buah khemah kelmarin.

Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 7.40 petang itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Seorang peniaga ekspo, Edy Sitiawan Mazlan, 40, berkata, ribut secara tiba-tiba itu berlaku hampir setengah jam di kawasan tersebut disusuli hujan lebat.

“Kita baru mula berniaga untuk pelanggan berbelanja bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tidak menyangka menerima ujian Allah menerusi kejadian ini.

“Banyak khemah peniaga pakaian dan peralatan elektronik rosak menyebabkan banyak kerugian,”katanya di sini.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Muhammad Firdaus, 30, berkata, kejadian itu menyebabkan dia mengalami kerugian apabila banyak barang jualan rosak terkena air hujan.

“Saya pernah berniaga di sini sebelum ini dan inilah baharu pertama kali menempuh kejadian ini berbanding pernah dialami di tempat lain tetapi tidaklah seteruk seperti ini.

“Namun saya bersyukur kerana kejadian ini tidak membabitkan kecederaan peniaga serta pelanggan dan usaha membaiki khemah disambung malam ini juga untuk meneruskan perniagaan,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI