fbpx

30 buah rumah rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah yang rosak teruk pada bahagian bumbung dalam kejadian lewat petang tadi.

TAMPIN – Kira-kira 30 buah rumah di Felda Gugusan Jelai, Gemas, di sini rosak dilanda ribut dalam kejadian lewat petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, sehingga pukul 7 petang tadi, kejadian berkenaan melibatkan sebanyak 10 buah rumah di Felda Jelai 2 dan 20 buah rumah lagi di Felda Jelai 1.

Daripada jumlah itu, empat buah rumah telah dikenal pasti mengalami kerosakan.

Menurutnya, Pejabat Daerah masih mengenal pasti jumlah sebenar dan tahap kerosakkan yang dialami oleh kediaman yang terjejas dalam bencana alam tersebut.

“Difahamkan kejadian berlaku selepas pukul 5 petang dan kebanyakan kediaman yang rosak adalah membabitkan struktur bumbung.

“Pejabat Daerah akan mengetengahkan laporan kerosakan ini kepada pihak berkuasa negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, di sini tadi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI