fbpx

Tukang kebun edar Kanabis 488 gram ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang tukang kebun yang mengedar 488 gram dadah jenis Kanabis tiga tahun lalu, berakhir apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Zamri Saidin, 53, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Setelah menilai keterangan pembelaan dan mempertimbangkan keterangan kes pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan mengedar di bawah seksyen 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Berasaskan alasan-alasan yang dihuraikan, mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah bagi pertuduhan mengedar 488 gram kanabis di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 seperti dalam pertuduhan. Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh,” kata Hakim itu.

Mengikut pertuduhan lelaki itu didapati mengedar dadah berbahaya iaitu 488 gram Kanabis di hadapan sebuah rumah di Kampung Baru di sini pukul 3.45 petang pada 8 Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 38B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) akta yang yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 15 sebatan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil membela diri sepanjang perbicaraan itu.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hanum Abdul Hadi dan tertuduh diwakili peguam Luqman Mazlan, Rosal Azimin Ahmad dan Muhammad Amiraizat Abdul Rani. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI