fbpx

Malaysia terima 3.5 juta dos vaksin CanSino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (duduk kiri) dan Mohd. Nazlee (duduk kanan) menandatangani dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara KKM dan Solutions Biologic di KKM di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerima 3.5 juta dos vaksin Covid-19 CanSino dari China secara berperingkat bermula bulan ini dengan penghantaran pertama melibatkan 150,000 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, vaksin itu ialah The Convidecia, Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) yang dibangunkan oleh CanSino Biologic Inc yang berpangkalan di Tianjin.

Menurutnya, sebuah syarikat tempatan, Solution Biologic Sdn. Bhd. (Solution Biologic) akan mengilangkan vaksin itu secara fill and finish dan bakal mendapat faedah pemindahan teknologi pembotolan vaksin menerusi kaedah pengilangan itu.

“Pembekalan vaksin ini dijangka bermula bulan ini hingga bulan Ogos depan.

“Melalui perolehan ini, sejumlah 10.9 peratus atau 3.5 juta populasi penduduk akan mendapat manfaat selain boleh digunakan bagi tujuan vaksinasi warga asing yang berada di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Adham mewakili Kementerian Kesihatan (KKM) bagi pihak kerajaan menandatangani perjanjian dengan Solution Biologics yang diwakili oleh Datuk Mohd. Nazlee Kamal.

Adham berkata, dengan termeterainya perjanjian itu, Malaysia akan dapat mencapai peratusan liputan imunisasi ditetapkan sehingga 99.96 peratus daripada populasi penduduk di Malaysia berdasarkan konsep imuniti kelompok.

Beliau berkata, perjanjian itu bagaimanapun masih tertakluk kepada kelulusan pendaftaran vaksin dan pematuhan terhadap semua peraturan berkaitan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA).

Dalam perkembangan lain, Adham berkata, fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada 17 April, lebih awal daripada tarikh asal, 19 April. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI