fbpx

Lagi diperdaya ‘pegawai LHDN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang penganggur di sini kerugian RM5,600 selepas diperdaya individu menyamar pegawai percukaian dalam kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia 25 tahun itu pada mulanya menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Suspek mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai perniagaan sebanyak RM38,600 dan selepas perbualan itu, mangsa membuat pemindahan wang sebanyak RM4,000 untuk perlindungan (daripada tindakan).

“Suspek juga meminta maklumat peribadi serta maklumat perbankan dalam talian milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudian menerima nombor kod pengesahan transaksi (TAC) perbankan dalam talian sebanyak tiga kali melalui telefon bimbit.

Katanya, nombor TAC tersebut diserahkan mangsa kepada suspek sebelum mangsa menyedari telah tertipu.

Ujarnya, mangsa hadir membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI