fbpx

PKPD Kilang YTY, asrama pekerja, Sekolah Henry Gurney dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kilang YTY dan asrama pekerja, di Lekir, Sitiawan, Perak yang sebelum ini dijadualkan tamat esok akan dilanjutkan lagi selama 14 hari.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penghuni asrama.

Menurut beliau, kes terakhir dilaporkan adalah pada Ahad lalu iaitu sebanyak tujuh kes.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,174 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya sebanyak 109 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di kawasan itu bermula Jumaat ini sehingga 15 April depan, “katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan pelanjutan PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

Katanya, PKPD di kawasan itu yang dijadual tamat Jumaat ini dilanjutkan sehingga 16 April depan.

“KKM mengesahkan masih terdapat peningkatan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di lokaliti dan sebanyak 101 baki sampel ujian saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,277 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya sebanyak 63 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” jelas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI