fbpx

Dua premis makanan berkaitan isu halal diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serbuan yang dibuat KPDNHEP terhadap sebuah premis yang disyaki memasukkan mainan dalam bungkusan makanan ringan dengan meletakkan logo halal dan M.C.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu dua premis membabitkan syarikat pembungkusan biskut coklat serta kilang memproses kacang dan muruku dalam operasi bersepadu berhubung isu halal dan standard keselamatan pengguna.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, operasi pertama melibatkan sebuah premis di sekitar Nilai, Negeri Sembilan disyaki menggunakan perihal dagangan palsu halal serta penandaan palsu Malaysian Conformity Mark (M.C).

Katanya, operasi dijalankan bersama pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembungkusan dan pengedaran makanan ringan seperti biskut coklat.

“Syarikat tersebut disyaki memasukkan hadiah percuma berupa barang mainan ke dalam bungkusan atau kotak makanan ringan dengan meletakkan logo halal dan M.C yang disyaki tidak mendapat kelulusan pada kotak produk,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan menyeluruh serta semakan ke atas beberapa dokumen berkenaan mendapati syarikat tidak mempunyai pensijilan halal sah daripada Jakim.

“Syarikat itu juga tidak mempunyai Certificate of Confirmation (C.O.C) bagi barang mainan sebagai ‘hadiah percuma’ yang membolehkan syarikat ini meletakkan tanda M.C sebagai indikasi barang tersebut telah mematuhi standard keselamatan barang mainan yang ditetapkan pada kotak barang itu,” katanya.

Berikutan itu, ujarnya, KPDNHEP menyita produk jualan dan dokumen syarikat tersebut dan sebanyak 1,700 unit barang mainan yang tidak mempunyai tanda pematuhan M.C turut disita yang bernilai RM41,074.

“Terdapat empat unit mesin disyaki digunakan untuk tujuan pembungkusan turut dirampas dengan anggaran bernilai RM21,000,” katanya.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 2011 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam operasi kedua pula, jelas Azman, ia melibatkan sebuah syarikat pengilang yang menjalankan perniagaan memproses produk makanan seperti kacang dan muruku.

“Semakan ke atas beberapa dokumen mendapati syarikat telah memperoleh pensijilan halal sah Jakim yang tamat tempoh pada 15 Februari dan 31 Oktober tahun hadapan.

“Bagaimanapun pihak Jakim telah mengeluarkan empat notis ketidak akuran kepada premis berhubung Pengilangan Kontrak Original Equipment Manufacturer (OEM) dan kawalan halal dalaman,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI