fbpx

Berdoa boleh balik kampung pada Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pergerakan merentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) jika penurunan kes jangkitan Covid-19 dalam kala­ngan masyarakat makin turun.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang akhbar khas akan memutuskan cadangan merentas negeri berdasarkan kajian penilaian risiko itu KKM nanti.

“Setiap keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada kajian penilaian risiko oleh KKM, sidang khas itu nanti hanya boleh putuskan berdasarkan cadangan tersebut mengenai ren­tas negeri pada Aidilfitri nanti.

“Saya tahu ramai yang berdoa setiap malam selepas solat untuk balik kampung. Jadi, kita akan melihat kajian yang dilakukan oleh KKM sebelum memutuskan sebarang keputusan,” kata­nya ketika sidang akhbar di sini ­semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, setakat ini pergerakan merentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Namun ia dikecualikan bagi aktiviti pelancongan dari ­negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar de­ngan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Sementara pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan sebanyak enam buah negeri dan wilayah dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sementara 10 negeri kekal Perintah Kawalan Pergerakan ­Pemulihan (PKPP).

Pengekalan status PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan berkuat kuasa bermula esok sehingga 14 April 2021 kecuali Sarawak yang bermula semalam sehingga 12 April 2021.

Enam buah negeri yang kekal dengan status PKPB ialah ­Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak, manakala status PKPP ialah Perlis, Kedah, Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI