fbpx

TLK berbayar di Dengkil, Kota Warisan, Taman Seroja bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid menunjukkan pelaksanaan tempat letak kereta (TLK) berbayar menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking atau Flexi Parking.

CYBERJAYA – Pelaksanaan tempat letak kereta (TLK) berbayar Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) di kawasan Dengkil, Kota Warisan dan Taman Seroja akan mula dikuatkuasakan bulan depan.

Yang Dipertuanya,  Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, pelaksanaan TLK itu adalah setelah mengambil kira keputusan kerajaan yang telah membuka semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.

“Sepatutnya, pelaksanaan parkir berbayar di kawasan berkenaan dilaksanakan Januari lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana negara masih berdepan dengan situasi pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun,  kebanyakan sektor ekonomi dilihat kini hampir dibuka dan kami anggap secara logiknya masyarakat yang memandu kenderaan sekitar kawasan ini juga mampu membayar caj petak parkir yang dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis MPSepang di sini hari ini.

Abd. Hamid berkata, dengan pelaksanaan TLK berbayar itu, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan isu lambakan kenderaan buruk atau terbiar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI