fbpx

Shaw pasang hajat beraksi di Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAW berjaya melakukan umpanan yang disudahkan oleh Kane ketika England mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Albania awal pagi semalam. – AFP

TIRANA – Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw bersedia untuk memastikan tempatnya di dalam skuad England pada aksi Euro Jun ini terjamin selepas membuat kemunculan semula dalam tempoh dua tahun setengah bersama pasukan itu.

Shaw beraksi sepenuh masa ketika England berjaya menundukkan Albania 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam, selain melakukan umpanan gol yang disudahkan oleh Harry Kane untuk gol pembukaan.

England turut meraih gol ke­dua menerusi pemain tengah Chelsea, Mason Mount yang me­lepaskan rembatan kencang pada babak kedua perlawanan.

The Three Lions bakal menentang Poland pada aksi kelayakan terakhir selain bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan pada penghujung musim menentang Austria dan Romania sebelum jurulatihnya, Gareth Southgate mengeluarkan senarai lengkap pemain ke kejohanan itu.

“Saya sangat gembira untuk meraih kemenangan selepas kembali membuat penampilan bersama England. Jurulatih mahu kami menang tanpa bolos dan kami berjaya melakukannya.

“Gol itu hadir pada saat yang penting selepas saya melakukan beberapa hantaran silang. Apabila anda beraksi bersama Harry, anda tahu di mana dia berada untuk menyambut hantaran yang dilakukan,” katanya.

Shaw mengakui bahawa aksi itu memberinya lebih keyakinan dan berazam untuk terus mempertahankan tempatnya di dalam skuad tersebut ke saingan Euro nanti.

“Sejak dua tahun lalu saya sedih kerana tidak menjadi sebahagian daripada skuad ini. Walaupun tidak diturunkan, berada dalam pasukan ini sudah membuatkan saya gembira.

“Saya mahu beraksi di Euro dan semua pemain mahu berma­in di sana, ia merupakan saing­an yang sangat kompetitif. Ben Chilwell bermain dengan baik di posisi ini, saya akan terus me­ning­katkan tahap permainan untuk memberikan saingan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI