fbpx

Ainul Aishah bertunang, nikah hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINUL selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan pada Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Selepas empat tahun bercinta, pelakon Ainul Aishah telah selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan bernama Khairul Redzuan pada Sabtu lalu.

Berita gembira tersebut dikongsi pelakon berusia 36 tahun itu menerusi gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya malam semalam.

Menurut Ainul, dia dan tunang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini, namun masih belum menetapkan sebarang tarikh khusus.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Jika diikutkan majlis pertunangan mahu diadakan pada Januari lalu, tetapi disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP), majlis ditangguhkan sehinggalah pada Sabtu lalu.

“Berkenaan perkahwinan, kami merancang untuk melangsungkannya sekitar hujung tahun ini antara Oktober sehingga Disember,” ujar Ainul ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam pada itu, pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu turut meluahkan rasa syukur kerana akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki yang terbaik.

“Jika diikutkan, sejak umur 26 tahun saya sudah ada rasa untuk berkahwin. Namun, jodoh tiba lewat. Apapun saya bersyukur kerana dikurniakan bakal suami yang baik.

“Dia seorang yang sangat bertanggungjawab, baik dan mempunyai asas agama. Dia juga memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami,” kongsi Ainul.

Pada majlis tersebut, Ainul menerima tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki.

Antaranya sebentuk cincin, kek, coklat, biskut dan manisan.

Ainul dan Khalid menjalinkan hubungan cinta sejak April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram miliknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI