fbpx

Penyeludup sembunyi cecair vape RM550,000 dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian cecair vape yang disembunyikan dalam semak di Kampung Degong, Lubok Stol dekat Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas sebanyak 5,500 botol cecair vape dianggarkan bernilai RM550,000 yang disembunyikan di dalam semak di Kampung Degong, Lubok Stol di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, barangan-barangan itu ditemui pada pukul 12.30 tengah malam selepas pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai aktiviti penyeludupan.

Katanya, siasatan awal mendapati, kesemua cecair vape tersebut dipercayai cuba diseludup ke negara jiran menggunakan pangkalan haram di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di kawasan semak telah menemui kotak-kotak yang mengandungi botol plastik berisi cecair vape.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kotak-kotak itu membawa kepada penemuan sebanyak 5,500 botol cecair vape dengan isipadu 50 mililiter setiap satu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nor Azizan, siasatan juga mendapati, penyeludup dikesan menukar taktik dengan menjadikan kawasan semak sebagai transit sementara sebelum membawa barangan itu ke negara jiran.

Katanya, ini kerana, PGA telah menjalankan kawalan ketat di sempadan negara.

Ujarnya, kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI