fbpx

Kristen Stewart dianggap jelmaan Puteri Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISTEN STEWART

PELAKON Kristen Stewart mengejutkan peminatnya apabila kelihatan sangat mirip dengan puteri berjiwa rakyat, mendiang Puteri Diana.

Menerusi filem terbaharu lakonannya berjudul Spencer, Stewart telah diberi kepercayaan untuk melakonkan watak Puteri Diana dalam filem tersebut.

Menerusi gambar promosi yang dikongsikan oleh pihak produksi, Stewart menggayakan potongan rambut berwarna perang yang menjadi imej terkenal Diana ketika mendiang masih hidup.

Spencer mengisahkan tentang perjalanan hidup Diana beberapa minggu sebelum dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Putera Charles.

Diana atau nama sebenarnya Diana Frances Spencer berkahwin dengan Charles, 73, pada 29 Julai 1981 namun disahkan bercerai pada 28 Ogos 1996.

Hasil perkahwinan, pasangan diraja Britain itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putera William, 39, dan Putera Harry, 37.

Bagaimanapun, Diana meninggal dunia pada usia 36 tahun selepas terlibat dalam sebuah nahas jalan raya di Paris, Perancis pada 31 Ogos 1997.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI