fbpx

Jenaka seksual Park Na-rae dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK NA-RAE

PELAWAK popular Park Na-rae dikecam ramai apabila tampil melakukan jenaka berbaur lucah menerusi program hiburan Hey Na-rae baru-baru ini.

Program berkenaan dihoskan sendiri oleh Na-rae bersama seorang YouTuber terkenal, Hey Jini dan ditayangkan menerusi saluran YouTube STUDIO WAFFLE.

Dalam sebuah episod, pelawak itu membuat jenaka parodi berkenaan isu seluar dalam penyanyi Kai daripada kumpulan EXO.

Bagaimanapun, dia mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan apabila menyebut perkataan cili. Cili dalam bahasa Korea Selatan boleh memberi makna sebagai kemaluan lelaki.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah membuat jenaka melampau apabila meletakkan tangan sebuah anak patung pada bahagian sulit.

Selepas episod berkenaan tular dan mengundang kecaman ramai, Na-rae kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya.

“Saya minta maaf kerana telah mengundang rasa tidak selesa kepada yang menonton,” katanya yang kemudian mengambil keputusan mengundur diri daripada program tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI