fbpx

Jumlah ahli UMNO terkini 3.3 juta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan jumlah keahlian seramai 3,359,368 orang di 21,883 cawangan di seluruh negara sehingga 26 Mac lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah itu melibatkan pertambahan seramai 127,214 ahli baru sejak 9 Mei 2018.

“Ini menjadikan UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ahmad berkata, keahlian UMNO paling ramai di Sabah seramai 583,979 orang, Johor (451,778), Selangor (421,899), Kedah (300,589), Perak (275,131) dan Kelantan (272,491).

Menurut beliau, Terengganu memiliki 231,634 ahli UMNO, Pahang (223,093), Pulau Pinang (139,267), Wilayah Persekutuan (138,707), Negeri Sembilan (137,621), Melaka (122,974) dan Perlis (60,205).

Tambah beliau, Bahagian UMNO mencatat bilangan ahli tertinggi adalah Lahad Datu (46,570), Semporna (40,296), Libaran (38,131), Gombak (37,851) dan Baling (37,512).

Kata beliau, terdapat 20 kelab UMNO di seluruh dunia iaitu sembilan di United Kingdom, dua di Indonesia, tiga di Australia, empat di New Zealand dan dua di Mesir.

“Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia atau UMNO Siswa pula berada di 17 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI