fbpx

Kerani sekolah ditipu Nurnadia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Wang simpanan milik seorang kerani sekolah sebanyak RM21,800 habis lesap selepas ditipu individu menyamar pegawai kerajaan ketika kejadian di Raub.

Lelaki berusia 60 tahun itu dihubungi perempuan memperkenalkan diri dengan nama Nurnadia Ismail yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari Cawangan Cyberjaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mula dihubungi Nurnadia pada 15 Mac lalu.

“Suspek (Nurnadia) mengatakan nama mangsa didaftarkan sebagai pemilik perniagaan kedai perabot dan mempunyai tunggakan cukai RM16,800.

“Wanita itu mengarahkan mangsa supaya menjelaskan cukai tertunggak itu dengan kadar segera jika tidak mahu dikenakan tindakan mahkamah,” kata Mohd. Wazir menerusi kenyataan hari ini.

Beliau menambah, beberapa minit selepas tamat perbualan telefon, mangsa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang meminta lelaki itu memasukkan wang ke dalam dua nombor akaun.

“Bermula 16 hingga 21 Mac, mangsa melakukan tujuh transaksi melalui mesin pendeposit tunai di dua cawangan bank berlainan di Raub melibatkan RM21,800 ke dalam dua akaun milik seorang lelaki,” katanya.

Tambah Mohd. Wazir lagi, mangsa cuba menghubungi Nurnadia selepas melakukan transaksi di bank, namun perempuan itu tidak menjawab panggilan telefon.

Ujar beliau, mangsa yang berasa tertipu kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI