fbpx

Penganggur dipercayai tokan dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chang Hook (tengah) dan warga IPD Jempol di Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 peringkat IPD Jempol, di sini, tadi.

JEMPOL – Seorang penganggur dipercayai tokan berjaya ditangkap polis dalam satu serbuan di Felda Pasoh 2, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, serbuan dibuat di pondok kayu yang terletak di belakang sebuah rumah.

Menurutnya, hasil serbuan telah menemui tujuh peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan-ketulan disyaki dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 73.65 gram.

“Turut ditemui empat peket lutsinar berisi ketulan jernih disyaki dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 7.70 gram.

“Dalam serbuan ini, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha Rxz dan suspek berusia 28 tahun yang positif dadah dalam ujian urin yang dijalankan kini ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, tadi.

Chang Hook berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A (1) ADB 1952.

Menurutnya, suspek dipercayai sudah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak dua tahun lalu dan mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

“Kita sentiasa akan berusaha untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah ini dan mengalu-alukan maklumat dari komuniti setempat bagi melaksanakan tugas ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI