fbpx

Jong-un kempunan nasi lemak, rendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHD TURMADZI MADUN, PENGARANG BERITA KOSMO!

SEBELUM Korea Utara, antara orang luar yang pernah mencampuri urusan dalaman negara ialah Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang.

Kekecohan itu timbul selepas Huikang mengadakan lawatan ke kawasan Jalan Petaling, Kuala Lumpur yang menjadi pusat komersial didominasi oleh peniaga Cina.

Ketika lawatan itu, dia telah membuat kenyataan yang memberi isyarat kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga-peniaga terbabit serta kepentingan mereka di negara ini.

Kenyataan Huikang itu ibarat menjolok sarang tebuan. Hampir kesemua menteri dan wakil pertubuhan bukan kerajaan ketika itu mengecam kenyataannya.

Untuk menjernihkan keadaan buat sementara waktu, Huikang menuduh media telah tersalah tafsir kenyataannya. Ini alasan mudah untuk menyelamatkan diri dan ia digunakan oleh hampir kesemua orang.

Namun, ia tidak menjadi, akibat tekanan yang diberi, Huikang kemudian telah dipanggil untuk memberi penjelasan kepada seorang menteri kanan sebelum satu kenyataan dikeluarkan mengenainya pada pukul 11.40 malam 28 September 2015.

Sejarah ini membuktikan bahawa Malaysia walaupun sebuah negara kecil di sisi kuasa besar dunia, ia mempunyai pendirian yang kukuh dalam menjaga kedaulatannya.

Enam tahun kemudian, hal yang sama berlaku lagi. Kali ini Korea Utara menjadikan Malaysia sebagai kambing hitam dalam persengketaannya dengan Amerika Syarikat (AS).

Segalanya bermula apabila negara rejim Komunis itu marah dengan tindakan Malaysia yang bersetuju mengekstradisi seorang rakyatnya ke AS atas tuduhan jenayah hingga menyebabkan hubungan diplomatik Pyongyang-Kuala Lumpur putus.

Umum mengetahui ketegangan yang berlaku antara dua negara itu selepas negara ‘Uncle Sam’ itu melakukan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan yang ditujukan khas kepada mereka.

Ini kali kedua Korea Utara membuat onar. Kejadian pertama ketika kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 2017. Mangsa merupakan abang tiri pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un.

Di sebalik sengketa yang memberat itu, tiba-tiba timbul pula satu keratan video lucu memaparkan Jong-un sedang berucap kepada tentera dan pemimpin Korea Utara sambil mengalirkan air mata.

Pencipta video itu membuat sari kata berkaitan dengan makanan yang tidak boleh lagi dinikmati oleh rakyat Korea Utara susulan penutupan kedutaan mereka di Malaysia dan pejabat kedutaan Malaysia di Pyongyang.

Sari kata itu berbunyi: “Tiada lagi nasi lemak royale dan nasi kandar beratur. Kita tidak akan dapat merasa lagi rendang dan ketupat kerana tiada lagi open house kedutaan Malaysia selepas ini.”

Rakyat Malaysia memang pandai dalam bab itu. Menjadikan sesuatu yang serius kepada kelakar walaupun kita berkemungkinan diserang secara maya atau menerima ancaman peluru nuklear daripada Pyongyang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI