fbpx

Selangor bakal wujud Bandar e-Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUDIN (empat kiri) merasmikan program Selangor Xtiv Virtual 2021 di Shah Alam, hari ini. Foto : ISKANDAR SHAH MOHAMED.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bakal mewujudkan sebuah hab dan pusat pembangunan e-sukan pertama di negara ini yang dikenali sebagai Bandar e-Sukan Selangor.

Projek pembangunan bernilai RM 3 juta itu melibatkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Persatuan E-Sports Selangor (ESS), Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bekas bangunan sebuah hotel di Seksyen 13 yang dalam proses pengubahsuaian dan dijangka siap September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan potensi e-sukan dikembangkan secara optimum dan menjadi platform terbaik rakyat Selangor menonjolkan bakat ke peringkat lebih tinggi.

“Penubuhan pusat pembangunan berkenaan  selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan e-sukan sebagai sukan teras.

“Pusat yang turut berfungsi melatih semua golongan terutama belia berbakat itu dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan,” katanya selepas merasmikam program Selangor Xtiv Virtual 2021 di sini hari ini.

Tambah Mohd. Khairuddin, program pembangunan e-sukan turut akan diaksanakan dengan melibatkan persatuan sukan itu di setiap daerah di negeri ini.

“Ia antaranya program mencungkil bakat seperti ‘telecaster’ (penyiar) dan coach (jurulatih) dalam kalangan peserta,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Selangor Xtiv Virtual 2021 sehingga Disember depan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM411,680.

“Kita menyasarkan sebanyak 450,000 penyertaan selepas melihat sambutan hangat yang diterima pada edisi tahun lalu.

“Bagi mencapai sasaran itu, kita turut memperkenalkan tiga program baharu iaituVirtual Chess, Virtual Ride dan Virtual Jump Rope Challenge,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program itu boleh melayari laman Facebook (FB) rasmi Selangor Xtiv Virtual 2021. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI