fbpx

Pengeluaran telur melebihi keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan pengeluaran telur ayam dalam negara sebanyak 1,020 juta biji sebulan adalah melebihi keperluan bulanan iaitu 900 juta biji sekali gus dapat menampung keperluan pengguna buat masa ini.

Pengarah Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, pemantauan pihaknya mendapati,  bekalan telur daripada syarikat lain mampu menampung keperluan pengguna buat masa ini walaupun berlaku penarikan semula telur oleh Singapura daripada pasarannya berikutan dakwaan penemuan Salmonella Enteritidis (SE).

“Berdasarkan pemantauan, aktiviti penarikan semula telur di premis yang menjual telur keluaran syarikat terbabit dilakukan secara sukarela.

“Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan bekalan telur tidak terjejas selain melihat sama ada berlaku pembelian panik ke atas bekalan telur daripada jenama yang lain,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, KPDNHEP akan mendapatkan kerjasama industri untuk menampung keperluan dan permintaan kawasan yang terjejas sekiranya terdapat arahan penarikan balik bagi pasaran telur domestik.

“KPDNHEP juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya.

“Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dan mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berwajib serta menyalurkan aduan berkaitan perkara tersebut melalui portal https://e-aduan.kpdnhep.gov.my.

“Aduan juga boleh dibuat menerusi WhatsApp di talian 019-2794317 atau melalui pusat panggilan 1-800-886-800,” katanya.

Pada 13 Mac lepas, Singapura telah mengarahkan empat pengimport menarik balik telur yang dihasilkan Lay Hong Bhd. Layer Farm Jeram, Selangor daripada pasaran negara tersebut.

Terbaharu pada 20 Mac, Singapura menarik balik telur yang diimport daripada sebuah lagi ladang Malaysia dan Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan telur terbabit mempunyai cetakan kod ‘CEM014’. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI