fbpx

Intan Najuwa enggan dikaitkan lagi dengan bekas tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan mengesahkan sudah lama putus tunang dan membawa haluan sendiri.

PETALING JAYA – Pelakon Intan Najuwa enggan lagi dikaitkan dengan bekas tunangnya, Razrul Anwar Rusli selepas mengesahkan mereka sudah lama berpisah.

Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, fokusnya kini lebih ke arah kerjaya dan enggan lagi memikirkan soal cinta.

“Benar, saya telah putus tunang sejak tahun lalu lagi. Kami berdua mengambil keputusan bersama untuk membawa haluan hidup masing-masing. Tak ada gaduh-gaduh pun.

“Saya tidak mahu dikaitkan dengan soalan berkaitan cinta dan hanya mahu memberikan sepenuh fokus kepada karier lakonan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut pelakon drama Semua Salahku itu lagi, dia berharap peminat tidak lagi bertanya isu tunang kepadanya memandangkan dia dan Razrul sudah lama membawa haluan masing-masing.

“Tak mahu keruhkan keadaan, jadi saya harap selepas ini orang ramai tidak lagi bertanyakan tentang perkara sama kerana saya telah pun jelaskan perkara sebenar,” ujarnya.

Ditebak persoalan mengenai orang ketiga yang menjadi punca keretakan hubungannya, Intan menafikan perkara tersebut.

“Ini persepakatan kami untuk bawa haluan masing-masing. Tidak pernah wujud istilah orang ketiga dalam hal ini,” katanya.

Mengenai penerimaan kedua-dua belah keluarga, Intan memberitahu tiada sebarang masalah dan campur tangan berkenaan dengan keputusan yang dibuat.

INTAN menafikan kewujudan orang ketiga menjadi punca kepada keretakan hubungannya dengan bekas tunang.

Status tentang pelakon itu bersama Razrul tiba-tiba menjadi perbualan netizen selepas Intan menerusi InstaStorynya mengesahkan bahawa dia bukan lagi tunangan kepada ahli perniagaan tersebut ketika menjawab salah satu soalan pengikutnya dalam Instagram.

“Mana tunang awak? Lama tak nampak dah,” soal seorang pengikutnya.

“Alamak ada lagi soalan ini. Kami berdua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah happy dengan kehidupan dia, saya juga begitu. Harap tiada lagi soalan seperti ini,” jawab Intan.

Terdahulu, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan Razrul pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

Bagaimanapun, enam bulan kemudian iaitu pada sekitar Februari 2020, Intan dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan tunangnya.

Namun, sekitar Jun 2020, status mereka sekali lagi menjadi tanda tanya selepas Intan berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki yang dipercayai tunangnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI