fbpx

Che Ta terkilan nama digugur tak boleh jadi ‘buruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan terkilan apabila ada pengarah yang meminta sebuah produksi menggugurkan namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh kelihatan ‘buruk’ sebagai pelakon.

Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta itu menegaskan, dia pernah tiga kali membuktikan dirinya tidak hanya bersandarkan keselesaan ingin sentiasa cantik di dalam skrin televisyen semata-mata.

Katanya, itu termasuklah telefilem Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar tahun 2011. Malah menerusi watak Halimah dalam telefilem berkenaan, dia tak kisah tak bersolek dan menjadi pengemis.

“Watak Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu. Sebelum itu saya pernah berlakon sebuah telefilem dengan Fauzi Nawawi. Judulnya saya sudah tak ingat. Tapi saya dilacurkan suami dalam telefilem itu dan kemudian menghidap AIDS (Acquired immunodeficiency syndrome)

“Terbaharu, saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband yang disiarkan baru-baru ini di Astro Citra terbitan Zeel Production. Mira Filzah dan Amy Mastura pun turut berlakon,” katanya.

Baru genap usia 48 tahun pada 9 Mac lalu, Che Ta yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan menafikan dia hanya menerima watak ‘control’ cantik atau disolek tebal semata-mata.

“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak.

“Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik saja?,” katanya.

Mengenai insiden membabitkan seorang pengarah itu, Che Ta tidak mahu ambil pusing.

“Jujur saya agak terkejut apabila diberitahu seorang pengarah tak mahu saya berlakon di bawah arahannya.

“Mungkin selama ini, dia hanya nampak saya di Instagram barang kali. Tak apalah, saya berserah dalam soal rezeki. Kalau ada, ada lah,” katanya lagi.

Getus isteri kepada Zain Saidin itu lagi, dia perlu sentiasa cantik sebagai memenuhi keperluan kerja dan tanggungjawabnya mempromosikan sesebuah produk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI