fbpx

NSL: Juara remaja Asia sandaran Pahang Tulips

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAHANG Tulips tetap meletakkan harapan untuk melakukan kejutan pada saingan NSL 2021 meskipun diundi dalam kumpulan maut.

KETUA jurulatih Pahang Tulips, Hapizah Jaafar percaya pasukannya masih mampu memberi tentangan sengit dan menjadi pencabar utama pada penganjuran edisi pertama Netball Super League (NSL) yang membuka tirainya secara rasmi semalam.

Beliau juga yakin Pahang Tulips ada beberapa pemain yang diliht berpotensi mengisi kekosongan ditinggalkan goal shooter (GS) skuad kebangsaan, Norashikin Kamal Zaman yang tidak dapat mengambil bahagian kerana sarat mengandung cahaya pertama.

Antara nama bakal menjadi sandaran utama Pahang Tulips ialah kapten, Siti Maisarah Affandi yang merupakan tonggak skuad bola jaring remaja kebangsaan ketika menjuarai saingan Piala Remaja Asia 2019 di Kashima, Jepun.

“Norashikin tidak beraksi kerana mengandung ketika ini. Kami tidak begitu terkesan kerana masih ada pemain remaja yang saya rasakan mempunyai standard sama.

“Maisarah juga berpengalaman selepas membantu Malaysia menjuarai Piala Remaja Asia di Jepun dua tahun lalu. Sudah tentu dia akan menjadi pertaruhan utama buat Pahang pada saingan ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru, Hapizah berharap anak-anak buahnya dapat bermula langkah kanan pada aksi pertama Kumpulan B menentang Negeri Sembilan Venom di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur malam ini.

Menurutnya, kemenangan ke atas Negeri Sembilan mampu membakar semangat barisan pemain untuk mengharungi aksi Kumpulan B yang dianggap kumpulan maut kerana turut dibarisi dua pilihan utama kejohanan, Johor Jewels dan Selangor Angels.

“Saya mengharapkan pemain dapat mengekalkan persefahaman antara mereka untuk mencatat kemenangan aksi pertama menentang Negeri Sembilan. Ia supaya mampu menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk perlawanan seterusnya,” jelas Hapizah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI