fbpx

Warga emas ejen judi online diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Seorang warga emas disyaki ejen perjudian online ditahan dalam serbuan Ops Dadu di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah, di sini semalam.

Lelaki berusia 69 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira pukul 7.15 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebelum penahanan dibuat, anggotanya terlebih dahulu membuat pemerhatian di restoran terbabit yang disyaki menjalankan kegiatan judi online.

Hasil pemerhatian kira-kira 15 minit mendapati, seorang lelaki tempatan sedang mengendalikan sebuah tablet dalam keadaan mencurigakan.

“Susulan itu, anggota dan pegawai serbuan telah menahan lelaki tersebut dan membuat pemeriksaan ke atas tablet yang digunakannya.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tablet tersebut mempunyai paparan skrin aktiviti tambah nilai (topup) perjudian online,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif untuk semua jenis dadah dan suspek kini direman selama dua hari sehingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujar beliau-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI