fbpx

Ucapan murtad bukan untuk raih populariti, simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Gambar hiasan

SHAH ALAM – Ucapan murtad bukan kalimah yang boleh dijadikan mainan semata-mata bagi meraih populariti dan simpati.

Menurut khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertajuk ‘Berhati-hati Dengan Ucapan Murtad’ hari ini, pengucapan murtad memberi kesan besar kepada amalan kerana merosakkan iman apabila jelas dinyatakan tanpa paksaan dan mengandungi maksud kufur.

Katanya, murtad ditakrifkan sebagai satu tindakan memutuskan pertalian dengan agama Islam melalui ungkapan, perbuatan dan niat yang membawa maksud kufur terkeluar daripada Islam.

“Akhir-akhir ini isu pengucapan murtad menjadi isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di media sosial. Perkara ini dianggap sensitif oleh umat Islam apabila diperkatakan secara terbuka dengan andaian yang tertentu.

“Oleh itu, apabila disebut murtad ia bukan bermaksud keluar daripada satu agama
kepada agama yang lain. Ia bermaksud keluar dari Islam,” katanya.

Intipati khutbah itu juga menegaskan pengucapan ini sangat ditegah dan dilaknat dalam Islam dan bukan boleh dilafazkan secara sesuka hati atau disebabkan mempunyai tekanan masalah.

Tambah kandungan khutbah itu, implikasi penggucapan kalimah murtad bukan sahaja memberi kesan kepada individu penutur malah memberi kesan besar kepada kepentingan umat Islam, agama dan negara.

“Jangan jadikan isu murtad ini sebagai isu politik. Ia adalah isu seluruh umat Islam yang cintakan agama. Setiap individu muslim berperanan mengatur strategi mengikut kemampuan masing-masing bagi memastikan Islam terpelihara daripada sebarang unsur negatif.

“Apa pun alasan bagi mengabsahkan tindakan pengucapan kata-kata murtad namun syariat Islam dengan jelas menghukumkan bahawa pengucapan kata-kata sedemikian sangat ditegah dalam syarak. Kita dilarang mengambil jalan singkat mengikut emosi dan nafsu amarah,” jelasnya.

Sebelum ini, antara isu murtad yang hangat diperkatakan melibatkan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI