fbpx

Penyanyi Farawahida bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARAWAHIDA memuatnaik sekeping gambar pertunangannya dengan seorang lelaki dalam media sosial miliknya hari ini.

PETALING JAYA- Teka-teki mengenai status perkahwinan penyanyi Farawahida akhirnya terjawab apabila dia berkongsi sekeping gambar majlis pertunangannya dalam akaun Facebook miliknya pagi tadi.

Dalam gambar tersebut, Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 36, dilihat mengenakan pakaian sedondon bersama seorang lelaki duduk di pelamin.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu turut dilihat memakai inai di jarinya. Dia bagaimanapun masih merahsiakan identiti lelaki itu apabila menutup wajah calon suaminya dengan jambangan bunga dan hanya menulis kapsyen ringkas: “Tunang.”

Farawahida bagaimanapun tidak memberi perincian tentang hari bahagianya.

Terdahulu Farawahida pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd. Zain pada 16 Disember 2013.

Namun, sejak 2017 terdapat khabar angin yang mendakwa dia telah bercerai selepas dilihat tidak lagi memuat naik sebarang gambar dengan Abdul Shukor.

Farawahida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan tidak pernah mendedahkan perkahwinannya bersama Abdul Shukor telah berakhir.

Justeru, Farawahida yang selama ini memilih untuk tidak berkongsi status perkahwinannya kepada khalayak, mengejutkan banyak pihak apabila tiba-tiba memuat naik gambar majlis pertunangannya sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI