fbpx

Pemandu maut, lori terbabas di kawasan selekoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang dinaiki mangsa dan kelindan terbabas dalam kemalangan di Jalan Dam Intek Renyok 3 dekat Jeli semalam.-Foto HSAN PDRM

JELI – Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera selepas kenderaan berat yang dinaiki mereka terbabas di kawasan selekoh di Jalan Dam Intek Renyok 3 di sini semalam.

Kemalangan pada pukul 4.30 petang itu menyebabkan Nor Azani Abdul Halil, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, dalam kejadian itu, kelindan lori tersebut, Razeen Che Noh, 67, mengalami luka pada bahagian kepala dan pinggang.

Katanya, siasatan awal mendapati, lori tersebut dipandu mangsa dan sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Kandek menghala ke tapak projek Stesen Janaelektrik Sultan Ismail Petra.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandunya semasa tiba di lokasi kejadian yang merupakan kawasan selekoh bercerun dan berpasir.

“Insiden itu menyebabkan lori berkenaan terbabas ke bahu sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.

Katanya, bagaimanapun, kelindan lori berkenaan dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI