fbpx

Lapan kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peta kawasan gelombang haba tahap kuning di empat buah negeri di Semananjung Malaysia.

PETALING JAYA – Lapan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang tadi.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, kawasan terbabit melibatkan empat buah negeri iaitu Perlis; Kedah; Perak dan Kelantan.

“Bagi negeri Perlis kawasan yang terjejas adalah di Chuping, manakala di Kedah melibatkan daerah Pendang, Baling dan Kota Setar.

“Di Perak pula kawasan terjejas adalah Hulu Perak, manakala di Kelantan ia melibatkan dua daerah iaitu Jeli dan Kuala Krai,” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, semua kawasan di Sabah dan Sarawak dalam pemantauan.

Gelombang haba tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Bagi status tahap jingga atau ‘heatwave’ pula ialah suhu maksimum harian 38 hingga 40 darjah celsius dan tahap merah (kecemasan) untuk suhu melebihi 40 darjah celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI