fbpx

‘Saya patuh, saya patuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben Ben didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari atas pertuduhan memberikan suapan RM321,350 bagi penganugerahan subkontrak penyewaan kapal dalam kerja-kerja cari gali minyak. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang bekas pengarah syarikat penyewaan kapal, Pristine Offshore Sdn. Bhd yang didakwa memberikan suapan sebanyak RM321,350 di Mahkamah Sesyen hari ini berulang kali menyebut perkataan patuh terhadap syarat jaminan yang dikenakan kepadanya.

Tertuduh Chew Ben Ben, 64, juga merapatkan kedua-dua tapak tangan sebagai isyarat tanda setuju kepada mereka yang hadir dalam prosiding di galeri mahkamah itu.

“Saya patuh, saya patuh,” katanya.

Terdahulu, Hakim Rozilah Salleh menjelaskan supaya tidak mengingkari syarat jaminan seperti perlu hadir ke mahkamah setiap kali dipanggil atau meringkuk dalam penjara.

Pada prosiding itu, Ben Ben mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa atas kesalahan rasuah untuk penganugerahan subkontrak penyewaan kapal dalam kerja-kerja cari gali minyak, tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Ben Ben yang juga bekas guru itu telah memberikan suapan kepada seorang Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat untuk suapan faedah dirinya sejumlah RM321, 350 sebagai upah memastikan syarikat Pristine Offshore Sdn. Bhd dianugerahkan subkontrak penyewaan kapal dalam kerja-kerja cari gali minyak.

Perbuatan itu dilakukan di Bandar Kinrara, Puchong di antara 29 Jun dan Oktober 2020.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24 (1) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM150,000 bersama seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Ben Ben diwakili tiga peguam Bernard francis, Chong ki keong dan Azim Razak menegaskan ini pertuduhan pertama dihadapi anak guamnya dan penanggung keluarga utama.

“Kami hanya memohon pasport diserahkan sehingga Isnin depan dengan tiada kerisauan (untuk lari) kerana telah memberikan kerjasama kepada pihak SPRM sebelum ini,” katanya.

Mahkamah membenarkan semua permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan 25 Mei depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI