fbpx

Penunggang motosikal maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat di Kampung 30, Pengkalan Raha, Pekan Nenas, Pontian, Johor semalam.

PONTIAN – Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kilometer 49 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat di Kampung Batu 30, Pengkalan Raja, Pekan Nanas, di sini , petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 4.15 petang itu, mangsa, Hamzah Samsudin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motokar dari arah Pontian ke Johor Bahru cuba memotong sebuah kenderaan dihadapannya.

“Bagaimana ketika sampai di lokasi kejadian, motokar tersebut telah hilang kawalan lalu melanggar motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Mustafa, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan serta kaki dan disahkan meningga dunia oleh pegawai perubatan yang tiba ke tempat kejadian.

Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pontian ( HP ) bagi tujuan bedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI