fbpx

Pengendali jet ski dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa sedang mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di lokasi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki disyaki lemas selepas terjatuh dari jet ski yang ditungganginya ketika berada di perairan Monkey Beach, Taman Negara Teluk Bahang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.07 petang itu, mangsa yang merupakan pengendali jet ski di Monkey Beach dipercayai terjatuh ke dalam laut selepas diserang sawan ketika menaiki jet ski berkenaan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Rafiuddin Mass Ariffin berkata, kejadian berkenaan dimaklumkan kepada pihak bomba oleh orang awam.

“Apabila kami sampai di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa dikatakan terjatuh di tengah laut semasa menaiki jet ski.

“Kami segera mengaktifkan misi mencari dan menyelamat,” katanya di sini hari ini.

Rafiuddin berkata, aset dari Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Marin telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI