fbpx

Lelaki diseret kereta selepas melintas secara tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki yang melintas jalan secara tiba-tiba sebelum terjatuh dan terseret sebuah kereta di Jalan Maharajalela di sini semalam.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang secara tiba-tiba melintas jalan ketika aliran trafik sedang bergerak laju mengundang padah selepas dia dilanggar dan diseret sebuah kereta mewah jenis BMW dalam satu kejadian dipercayai di Jalan Maharajalela menghala ke pusat bandar semalam.

Rakaman berdurasi 40 saat menerusi papan pemuka (dashcam) berkenaan tular sejak awal pagi tadi yang memaparkan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat seperti sengaja melintas jalan ketika kereta sedang bergerak laju mengundang tanda tanya pelbagai pihak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

“Setakat ini, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat dan pemandu kereta berkenaan dinasihatkan untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya ringkas. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI