fbpx

Lelaki maut tersepit langgar tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terbakar selepas melanggar tiang projek Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Bandar Tun Razak di sini hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan maut selepas kereta dipandunya melanggar tiang projek Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Akibat pelanggaran tersebut, kereta jenis Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu turut terbakar 20 peratus di bahagian enjin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku membabitkan dua buah kereta.

“Kereta jenis Perodua Viva dan Proton Persona telah bergesel sebelum terbabas dan melanggar tembok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd. Fakhrulsyakia Mamat berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 5.02 pagi.

“Sebaik tiba, anggota mendapati terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI