fbpx

“Saya ada sokongan cukup,” Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan mempunyai sokongan mencukupi di Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini tidak mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat walaupun tiga ahli parlimen PKR keluar parti untuk menyokong PN baru-baru ini.

“Saya mempunyai jumlah secukupnya, Muhyiddin masih tidak mempunyai sokongan secukupnya untuk terus menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika sidang akhbar khas di sini hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, PN juga mendakwa mereka mempunyai sokongan 111 atau 112 Ahli Parlimen tersasar kerana sebilangan mereka menyokongnya.

“Secara teknikalnya, mereka hanya ada sokongan 100 (Ahli Parlimen). Mereka tidak ambil kira Warisan, Pejuang (kumpulan pro-Mahathir Mohamad), dan Muda (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman).

“Tiga ahli Parlimen PKR menyokong Muhyiddin tidak mengubah kerapuhan kerajaan PN. Mereka ingat mereka ada majoriti, tetapi sebenarnya masih tidak cukup,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI