fbpx

Kes rogol Syed Iqmal: Dua laporan perubatan diserah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Shah Iqmal (kiri) bersama peguamnya tiba di Mahkamah Sesyen di sini bagi sebutan semula kes rogol yang didakwa ke atasnya baru-baru ini.

SHAH ALAM – Pihak pendakwaan sudah menyerahan kepada pembelaan dua dokumen berkaitan laporan perubatan bagi kes rogol pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang didakwa atas petuduhan merogol seorang wanita dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd. Saubian pada sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rihaida Rafie di sini hari ini.

Nor Baizura memaklumkan dua dokumen itu adalah laporan perubatan dari Hospital Shah Alam dan Temerloh.

“Bagaimanapun satu lagi dokumen laporan perubatan dari Hospital Kajang belum dapat diserahkan dan akan diberi kepada pihak pembelaan pada masa terdekat,” katanya.

Dalam prosiding itu, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal mengesahkan menerima kesemua dokumen berkaitan.

Berikutan itu mahkamah kemudian menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes dan difahamkan pada tarikh itu juga beberapa dokumen tambahan akan turut diserahkan.

Sejurus tamat prosiding, ditanya tentang kerjaya seninya yang dikaitkan dengan imej yang negatif, Syed Shah Iqmal mengatakan bahawa situasi itu terpaksa dilalui meskipun sukar.

“Saya mesti jalani hidup macam biasa, walaupun dengan keadaan macam ni. Walaupun sedih dan sebagainya, saya kena redha dan menyanyi macam biasa walaupun dengan imej negatif,” katanya.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal, 25,  mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang juga penganggur di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini, pukul 11.35 malam pada 11 September 2019 lalu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI