fbpx

15 ditembak, dua maut dalam parti garaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis berkawal di lokasi kejadian di Chicago semalam. - AFP

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 15 orang ditembak dan cedera dengan dua daripada mereka maut di sebuah parti di di kota raya Chicago awal kelmarin, kata polis dan laporan media tempatan.

Parti tersebut diadakan di sebuah premis syarikat tunda kenderaan di kawasan selatan Chicago South Side, kata polis.

“Berlaku kekecohan dalam kalangan sebilangan pengunjung diikuti tembakan dilepaskan. Sejumlah mangsa terkena tembakan.

“Punca kejadian belum diketahui,” ,” kata pegawai polis, Jose Jara menerusi e-mel kepada akhbar Chicago Tribune.
Beliau memberitahu, mangsa terkena tembakan berumur antara 20 tahun hingga 44 tahun.

Empat senjata api diteemui di tempat kejadian manakala beberapa saksi menjalani pembedahan setakat pagi kelmarin.

Perkhidmatan bomba Chicago mengesahkan bahawa dua orang terkorban dalam kejadian itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI