fbpx

Taycan Cross Turismo janaan penuh elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYCAN Cross Turismo 4 mempunyai reka bentuk cukup elegan.

TAYCAN Cross Turismo 2021 yang didedahkan secara rasmi oleh Porsche baru-baru ini menjadi bukti keyakinan syarikat tersebut dengan kenderaan elektrik (EV).

Sebelum kehadiran Taycan Cross Turismo yang merupakan 100 peratus EV, dua model hibrid menjadi wajah jentera elektrik Porsche iaitu Cayenne dan Panamera.

Menurut Porsche, empat varian ditawarkan bagi Taycan Cross Turismo yang merupakan jentera pacuan semua roda (AWD) iaitu 4, 4S, Turbo dan Turbo S.

Bagi model asas iaitu Taycan 4 Cross Turismo, kenderaan itu akan dijual bermula AS$92,250 (RM379,584), manakala varian tertinggi, Turbo S didatangkan pada tanda harga AS$188,950 (RM777,478).

Porsche Taycan 4 Cross Turismo mampu menjana kuasa sehingga 469hp dengan tork maksimum 500Nm dengan kelajuan maksimum boleh dicapai 220 kilometer sejam (km/j).

Kuasa dihasilkan itu juga membolehkan EV tersebut bergerak dari titik pegun ke 100km/j dalam tempoh 5.1 saat.

Rating Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) bagi jentera itu juga menunjukkan ia boleh bergerak antara 389km hingga 456km apabila dicas penuh.

Sementara itu, Taycan 4S Cross Turismo pula mampu menghamburkan kuasa maksimum 562hp dengan tork maksimum 650Nm.

Kelajuan maksimum jentera itu pula adalah 240km/j dan berupaya mencapai kelajuan 100km/j dari titik pegun dalam tempoh 4.1 saat sahaja.3.3 saat diperlukan jentera tersebut bagi mencapai kelajuan 100km/j dari titik pegun, manakala kelajuan maksimumnya 250km/j.

Varian tertinggi iaitu Taycan Turbo S Cross Turismo pula menghasilkan kuasamaksimum 750hp dengan tork puncak 1,050Nm.

Kelajuan maksimumnya sama seperti Taycan Turbo Cross Turismo dan mampu bergerak dari titik pegun ke 100km/j dlm tempoh 2.9 saat sahaja.

Semua kelajuan puncak yang dicapai bagi semua varian Taycan Cross Turismo tersebut dicapai dengan bantuan launch control dan overboost.

TAYCAN Cross Turismo merupakan kenderaan pacuan semua roda.

Keempat-empat varian Taycan Cross Turismo didatangkan dengan pek bateri 93.4kWh.

Menurut Porsche, pengecasan jentera berkenaan selama lima minit membolehkannya bergerak sejauh 100km.

Antara ciri jentera tersebut yang paling menyerlah adalah rekaan bumbung panoramik kekalnya serta bahagian belakang yang direka berdasarkan Porsche Active Aerodinamics.

Jarak kelegaan bumi jentera itu juga lebih 20 milimeter (mm) berbanding versi sedan Taycan dan tambahan 10mm lagi menerusi pemasangan pakej rekaan
off-road.

Bagi yang gemar berbasikal, Taycan Cross Turismo boleh dipasang dengan penyangkut yang boleh menempatkan sehingga tiga buah basikal.

Satu daripada cirinya yang pasti disukai golongan gemar melancong adalah ruang simpanan barangannya.

Rekaan wagonnya membolehkan penyimpanan antara 446 hingga 1,212 liter barang sekiranya tempat duduk belakang dilipat.

Seperti kebanyakan jentera mewah lain, Porsche Taycan Cross Turismo dilengkapi teknologi canggih bagi ruang dalaman kenderaan itu.

Ia didatangkan dengan skrin sentuh bersaiz 10.9 inci di papan pemuka EV tersebut serta skrin sentuh 8.4 inci di konsol tengah.

Paparan bersaiz 16.8 inci pula tertera di bahagian depan pemandu jentera berkenaan.

RUANG dalamnya kelihatan mewah.

Ia dilengkapi panel kawalan dengan Direct Touch Control yang membolehkan pemandu menggunakannya untuk memilih fungsi casis dan pencahayaan.

Ciri popular seperti aspek ketersambungan (connectivity) dengan Apple CarPlay, Porsche Connect serta hotspot Wi-Fi ada pada jentera itu.

Ia juga dilengkapi dengan Porsche Intelligent Range Manager, Power Steering Plus, Porsche InnoDrive dan Active Lane Keeping.

Antara ciri terpentingnya tentu sekali Charging Planner yang membantu pengguna mendapatkan maklumat tepat penggunaan tenaga elektrik sebelum suatu perjalanan dilakukan.

Menerusinya, pengguna akan dibantu untuk mendapatkan laluan paling efisien serta stesen cas berhampiran bagi melicinkan perjalanan mereka.

Selain itu, sebanyak tujuh rekaan rim didatangkan bagi Taycan Cross Turismo dengan dua daripadanya bersaiz 20 inci, manakala yang lain-lain 21 inci.

Peminat tempatan tidak perlu bimbang kerana anda berpeluang memiliki jentera ini berikutan pengedarnya, Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah mengumumkan pembukaan tempahan
di semua pusat Porsche di seluruh negara.

Difahamkan, ia bakal diperkenalkan di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI