fbpx

Kompaun RM10,000 didik patuhi SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
WARTWAN EKSEKUTIF, NUZULSHAM SAMSUDDIN

Kelmarin bermula kompaun RM10,000 terhadap mana-mana individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah Covid-19.

Bagi syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan RM50,000.

Kadar kompaun itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan.

Ketika ini kesalahan melanggar SOP bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 cuma dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Kadar kompaun dinaikkan susulan penggantian Seksyen 25.

Selain itu, ordinan sama juga menetapkan mana-mana individu yang dijangkiti atau dipercayai telah dijangkiti atau mana-mana kontak rapat boleh diperintah memakai peranti pengesanan.

Peranti pengesanan itu termasuk gelang tangan atau apa-apa peranti yang diberikan oleh pegawai yang diberi kuasa dan sebarang perbuatan memusnah, merosak, menghilang atau me­ngubahnya merupakan satu ke­salahan.

Pindaan terhadap penalti am mengikut Seksyen 24 ordinan sama bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Polis memaklumkan, kompaun itu dikenakan kepada individu yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, se­tiap kompaun yang dikeluarkan adalah bernilai RM10,000, namun jumlah tersebut bergantung kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk me­netapkan nilai kompaun sebenar.

“Polis tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan nilai kompaun yang sebenar dan hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan notis. Hanya PKD yang boleh menawarkan jumlah kompaun yang dirasakan bersesuaian,” katanya.

Mengulas lanjut, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang dari orang ramai sebaliknya ia untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Individu yang dikenakan kompaun ini juga akan diberi tempoh selama dua minggu untuk membayar kompaun tersebut dan rayuan nilai kompaun juga boleh dibuat kepada PKD dalam tempoh itu,” jelasnya.

Sementara itu, peguam Muham­­mad Amin Abdullah pula me­nyatakan, kompaun RM10,000 ba­gi pesalah yang berulang kali melanggar SOP itu adalah berpatutan.

Katanya, walaupun dilihat agak keterlaluan akan tetapi de­ngan mengambil kira pesalah yang mengulangi kesalahan se­perti merentas negeri berulang-kali maka ia adalah setimpal.

Mengulas lanjut, beliau percaya masyarakat akan lebih berwaspada dalam mematuhi SOP dengan nilai baharu kompaun itu.

“Pada hemat saya kompaun ini wajar diteruskan, namun perlaksanaannya hendaklah ber­patutan.

“Penguatkuasaan kompaun RM10,000 ini hendaklah dilaksanakan dengan niat untuk mendidik dan bukan untuk meng­hukum,” katanya.

Sementara itu, Pakar Sosial yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran ketika dihubungi berpendapat kompaun itu satu perkara yang positif.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI