fbpx

Darren makin dapat momentum sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARREN masih memasang impian untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada masa depan.

PENYERANG sensasi Petaling Jaya City FC (PJ City), Darren Lok percaya ledakan dua gol pada saingan Liga Super setakat ini merupakan permulaan yang cukup baik dalam usaha membina nama selepas bergelut dengan prestasi sebelum ini.

Darren mengakui prestasinya bersama Terengganu FC musim lalu tidak memuaskan apabila jarang diturunkan.

Kata Darren, kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih, P. Maniam dan rakan-rakan se­pasukan cukup penting dalam mengembalikan keyakinannya selepas menjaringkan dua gol pada aksi bertemu Melaka Uni­ted sebelum ini.

“Sememangnya ia permulaan yang sangat positif untuk diri saya kerana memang sudah lama tidak dapat momentum yang sempurna seperti ini.

“Sebelum ini, saya agak kecewa kerana merasakan sudah terlewat untuk menjaringkan gol pada musim lalu tetapi sekarang bersyukur dengan apa yang saya ada bersama PJ City.

“Cuma, apa yang saya buat ketika ini bukan semata-mata untuk prestasi peribadi sahaja, malah pujian juga wajar diberikan kepada barisan kejurulatihan dan rakan-rakan sepasukan.

“Apa yang penting, saya harap momentum ini dapat diteruskan pada aksi menentang Sabah nanti,” kata pemain naturalisasi kelahiran England berusia 31 tahun itu.

Skuad The Phoenix yang me­ngutip dua mata dalam dua perlawanan Liga setakat ini akan bertandang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu pada malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI