fbpx

Ferrari terima tawaran Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI dilaporkan menerima tawaran daripada Bahrain untuk mendapatkan suntikan vaksin menjelang sesi ujian rasmi dan perlumbaan pembukaan di negara itu. – AFP

MANAMA – Sebahagian besar kru pasukan Ferrari telah me­nerima tawaran daripada Bahrain untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang sesi ujian rasmi perlumbaan Formula Satu (F1) yang membuka tirai pada penghujung bulan nanti.

Difahamkan, 90 peratus ahli pasukan Ferrari telah bersetuju untuk menerima tawaran suntikan vaksin tersebut sebaik sahaja mereka tiba di negara itu dan ia tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak ke­selamatan Itali di mana negara itu menjadi pangkalan bagi pasukan berkenaan.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pasukan dari Itali tersebut meskipun pengelola perlumbaan F1 sebelum ini menolak tawaran Bahrain kerana enggan mencetuskan kontroversi apabila sedar rakyat di negara itu perlu diberikan keutamaan.

Ketua pasukan Mercedes F1, Toto Wolff yang dijangkiti wabak tersebut sebelum ini menjelaskan bahawa suntikan vaksin adalah hak individu dan proses pemberian vaksin atau penerimaan bukan diputuskan oleh pasukan.

“Mengenai suntikan vaksin tersebut, ia adalah keputusan peribadi dan bukan ditentukan oleh pasukan sendiri,” kata Wolff baru-baru ini.

Itali ketika ini mencatatkan kira-kira 100,000 kematian akibat pandemik Covid-19 sejak Februari tahun lalu dan merupakan kematian kedua tertinggi di Eropah selepas Britain.

Terdahulu, Bahrain memberi tawaran kepada semua yang terlibat dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain termasuk sesi ujian rasmi di negara tersebut untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut dan dos kedua akan diterima selepas berakhir­nya perlumbaan pada 28 Mac nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI