fbpx
Anggota bomba melakukan operasi pemadaman api ke atas sebuah kereta Proton Saga dalam kejadian di Jalan Indah 4/1, Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor petang semalam.- Foto IHSAN BOMBA

Bakar kereta berang isteri tak balik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Gara-gara berang dengan tindakan isteri tidak balik rumah, seorang lelaki bertindak membakar kereta Proton Saga milik saudaranya dalam kejadian di Jalan Indah 4/1, Taman Bukit Indah di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, kereta Proton Saga itu mengalami kerosakan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu dikatakan mengalami perselisihan faham sebelum wanita itu lari ke rumah saudaranya yang juga terletak di taman berkenaan.

“Ketika kejadian pengadu (saudara) terdengar bunyi amaran kereta sebelum keluar rumah dan mendapati kereta miliknya terbakar dan pengadu cuba memadam api kebakaran terbabit.

“Pada masa yang sama, pengadu menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan berhubung kejadian itu,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, susulan maklumat diperolehi sepasukan anggota polis menjejaki suspek dan berjaya menahannya di Jalan Indah 5/5, Taman Bukit Indah di sini.

Lokasi kejadian dan rumah kediaman pasangan itu terletak kira-kira satu kilometer.

Menurut beliau, siasatan awal ke atas suspek yang berusia 47 tahun dan tidak bekerja itu mengaku melakukan perbuatan khianat terbabit.

Katanya, lelaki itu bertindak setelah tidak berpuas hati dengan isterinya yang tidak balik rumah sejak 1 Mac lalu akibat perselisihan faham dalam rumah tangga.

Siasatan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kes rompakan bersenjata selain saringan air kencing ke atasnya adalah negatif.

Kes disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

POPULAR