fbpx

Mina dedahkan tragedi hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINA

PENYANYI Kwon Mina sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui pernah diserang secara seksual ketika di bangku sekolah menengah.

Menerusi siaran langsung dalam Instagramnya, penyanyi itu memberitahu, tragedi hitam tersebut berlaku di sebuah rumah kosong selepas diumpan oleh seorang rakannya.

“Ketika sampai di situ, seorang senior sekolah memukul kepala saya menggunakan botol bir sebelum menendang saya. Saya dipukul tanpa henti sambil diperhatikan beberapa pelajar lelaki lain.

“Saya masih ingat nama dan wajahnya. Jika saya sebut nama, semua orang kenal sebab dia seorang selebriti terkenal sekarang. Saya marah dan tidak mampu berjalan selepas diperlakukan sedemikian rupa,” ujarnya yang kemudian berpindah dari Busan ke Seoul.

Biarpun sukar menelan kejadian perit tersebut, bekas anggota AOA itu mendedahkan si pelaku sudah pun memohon maaf kepadanya.

“Sebelum saya berpindah ke Seoul, dia meminta maaf dan mengaku salah. Saya pula seorang yang lemah dengan perkataan maaf.

“Saya tidak melaporkan kejadian tersebut sebab tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kalau orang tua saya tahu, mungkin keadaan akan jadi lebih buruk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI