fbpx

Kumpulan Wan POCA sasar tiga jenis motosikal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafa' aton (kiri) bersama komponen motosikal termasuk bongkah enjin yang dirampas polis baru-baru ini.

SUNGAI BULOH – Menyasarkan tiga jenis motosikal iaitu Yamaha LC 135, Yamaha RXZ dan Honda EX5, itu antara modus operandi Kumpulan Wan POCA yang aktif dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini, Kepong dan Kuala Selangor.

Motosikal berkenaan dikatakan menjadi sasaran ekoran permintaan yang tinggi daripada pembeli dan harganya juga mahal yang mampu mencecah hingga RM3,000 bagi sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Bagaimanapun kegiatan jenayah yang baru bermula sejak Januari lalu itu akhirnya tumpas selepas lima suspek termasuk pasangan suami isteri berjaya diberkas dalam tempoh seminggu bermula 26 Februari hingga 3 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’ aton Abu Bakar berkata, kesemua suspek diberkas menerusi tujuh serbuan di sekitar daerah ini dan Petaling Jaya menerusi Ops Lejang Khas.

“Kesemua suspek yang diberkas berusia dalam lingkungan 16 hingga 35 tahun.

“Suspek yang berumur 24 tahun pula merupakan ketua kumpulan berkenaan yang mana ketika ditahan suspek masih di bawah status Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sejak dua tahun lalu,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, menerusi hasil serbuan itu juga, polis berjaya merampas sebuah motosikal dan beberapa peralatan lain termasuk rangka motosikal dan bongkah enjin yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM20,000.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati motosikal tersebut dijual kepada pendatang asing dengan harga antara RM500 hingga RM1,000 mengikut jenis motosikal dan hasil jualan akan dibahagikan kepada ahli kumpulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI