fbpx

Ustaz Bola riuhkan Zayan FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAJDID HADHARI

DALAM usaha menambah baik kandungan untuk pendengar setia, stesen radio Zayan FM teruja memperkenalkan wajah baharu Tajdid Hadhari yang akan mengisi slot siaran radio mereka setiap hari.

Hadhari mengendalikan segmen Zayan Valet yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari pukul 3 petang dan berakhir pukul 7 malam.

Segmen berkenaan boleh didengari menerusi corong radio dan juga aplikasi SYOK yang tersedia dalam Google Play dan App Store.

Sebagai seorang peminat bola sepak, Hadhari membawa pendengar untuk menikmati dan menyertai perbincangan tentang dunia sukan tanah air.

Malah segmen yang dikendalikannya turut membuka ruang perkongsian gaya hidup sihat termasuklah satu slot baharu iaitu Zayan Fit yang menampilkan kehadiran tetamu undangan.

Menerusi segmen Zayan Valet, pendengar boleh terus berhibur menerusi pelbagai kandungan menarik antaranya Tanya Ikhlas yang membolehkan mereka bertanya soalan dan berkongsi pendapat berkaitan topik kupasan harian.

Sementara itu, terdapat juga sesi bacaan ayat al-Quran berserta terjemahan dan menerusi slot Valet Buzz, Hadhari membincangkan isu tular.

Lebih menarik, perkongsian kandungan digital berkaitan bidang sukan dalam akaun YouTube miliknya turut tersedia dalam segmen Zayan Valet.

Ustaz Bola

Perkongsian berkenaan dilakukan dalam usaha memberi dorongan kepada pendengar untuk terus menjalani gaya hidup sihat dan kekal aktif bersukan.

Menurut Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry, stesen radio islamik tersebut sentiasa berusaha menyediakan kandungan yang relevan dan pelbagai kepada peminat setia.

“Kami teruja untuk memperkenalkan Tajdid Hadhari kepada pendengar. Mereka kini boleh menikmati perbincangan menarik tentang dunia sukan. Paling penting, kami mahu pendengar kekal aktif biarpun ketika berdepan pandemik.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pendengar atas segala sokongan dan berharap mereka akan kekal setia menikmati segmen Zayan Valet yang baharu,” ujarnya.

Sedikit latar belakang Hadhari, lelaki itu merupakan seorang yang cukup aktif dan mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak.

Dia pernah mewakili Pasukan Belia Perak pada tahun 2008 hingga 2009.

Selepas itu, namanya mula dikenali selepas menyertai sebuah rancangan realiti dan merangkul gelaran naib juara pada 2014.

Hadhari juga cukup berpengalaman sebagai seorang hos dan penyampai radio sebelum ini.

Bukan hanya kerjaya glamor, bahkan lelaki itu juga mempunyai lesen bimbingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bawah jurulatih Belia Nasional FAM, Hassan Sazali Waras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI